Anda Mempunyai Masalah Web Hosting?
Jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet sendiri, maka anda memerlukan laman web sendiri. Tidak kira sama ada anda menjual produk affiliate atau produk sendiri.
Adanya laman web sendiri maka anda bebas melakukan apa juga strategi buat duit daripada “hartanah maya” anda. Perkara ini tidak berlaku jika anda menggunakan hosting percuma.
Bagaimana memilih web hosting terbaik untuk perniagaan internet saya?
Mana yang paling murah?
Apakah pilihan terbaik yang ada?
Saya mempunyai banyak laman web perniagaan internet. Faktor ini menyebabkan saya terpaksa menggunakan pelbagai syarikat hosting.
Jadi, saya telah mencuba dan berpengalaman menggunakan pelbagai syarikat hosting terbaik dan termurah yang ada.
Daripada Malaysia sehinggalah yang bertaraf antarabangsa. Memang pening kepala. Namun terima kasih kerana saya ada sistem pengurusan fail yang menyimpan kesemua maklumat laman web berkenaan.
Mengapa tidak saya hoskan kesemua laman web saya di bawah satu syarikat hosting?
Jawapannya, reliability, kos dan juga faktor SEO.
Reliability kerana jika berlaku sesuatu masalah dengan satu syarikat hosting, maka ianya tidak memberi kesan kepada semua laman web saya. Ini boleh mendatangkan kerugian yang besar.
Suatu hari laman web saya ditutup secara tiba-tiba tanpa notis oleh satu syarikat hosting. Alasannya, trafik terlalu tinggi dan menyebabkan gangguan akses kepada laman web pihak lain yang berkongsi dalam web server yang sama.
Sebenarnya, ia tidak boleh jadi satu isu kerana meskipun trafik tinggi, tetapi jumlah bandwidth yang digunakan masih belum melebihi had. Selepas beberapa kali berkomunikasi dengan pihak teknikal, laman web saya dibuka semula selepas 4 jam.
Mereka meminta maaf dan menyatakan seorang pegawai teknikal mereka masih baru bekerja dan lupa mencatitkan log serta alasan mengapa laman web saya ditutup.
Mengikut prosidur, mereka sewajarnya memberikan notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan kecuali ianya melibatkan isu yang melanggar polisi hosting mereka.
Situasi ini berlaku dengan satu syarikat hosting terkenal, antara yang terbesar dan paling dipercayai di dunia!
Bolehkah anda bayangkan berapa kerugian yang bakal anda tanggung jika laman web perniagaan internet anda ditutup secara tiba-tiba dan tidak dapat di akses oleh prospek yang cuba melawat ketika itu?
Juga satu pembaziran kos jika anda menarik trafik menggunakan iklan berbayar.
Lebih buruk lagi kebanyakan syarikat hosting, hanya akan memberi respon kepada masalah anda selepas 24 jam!
Pernah juga berlaku pada syarikat hosting saya yang lain, mengambil masa sehingga 3 hari untuk diselesaikan disebabkan satu masalah yang sangat mudah dan kecil. Ini kerana mereka memberi respon untuk sesuatu masalah sokongan selepas 12 jam atau 24 jam melalui e-mel.
Lebih memeningkan apabila permasalahan kita itu melibatkan kerenah birokrasi di dalam syarikat mereka. Apalagi, kena tendang macam bola.
Faktor kos pula disebabkan promosi bermusim sesuatu syarikat hosting. Pasaran domain dan web hosting adalah pasaran yang amat kompetitif.
Ini menyebabkan perang harga sesama pesaing. Mereka sanggup rugi dahulu untuk menarik anda menggunakan pakej mereka.
Malahan, mereka sanggup memberi pakej berbayar lain secara percuma jika anda mencuba hosting mereka atau hanya membeli nama domain.
Ia bagus untuk perniagaan anda kerana boleh jimat dalam jangkamasa pendek. Sementara menunggu perniagaan internet anda buat untung, anda dapat menjimatkan kos operasi permulaan.
Faktor SEO pula adalah kerana alamat IP.
Setiap domain laman web perniagaan internet anda mempunyai alamat IP. Jika anda menggunakan pakej hosting berkongsi (shared hosting), maka anda akan berkongsi IP dengan laman web yang lain yang duduk dalam satu web server.
Jika anda menggunakan pakej reseller yang membenarkan anda hosting nama domain atau laman web tanpa had, setiap daripadanya juga akan berkongsi alamat IP yang sama.
Namun ada juga syarikat hosting yang boleh memberikan pelbagai alamat IP berbeza untuk pakej hosting berkongsi jika mereka menggunakan model Virtual Private Server (VPS).
Anda boleh menyemak alamat IP laman web anda dengan menggunakan DOS Command melalui Windows. Caranya:
- Klik butang Start
- Klik Run…
- Taip “cmd” dan klik OK
- Taipkan “ping namadomainanda.com”
(Nota: buang tanda “”)
Windows akan paparkan nama domain dan alamat IP dalam square bracket “[xx.xx.xx.xx]”. Itulah alamat IP domain atau laman web anda.
Kenapa ianya penting untuk SEO?
Jawapannya, enjin carian mengambil kira alamat IP untuk memberi nilai backlink dan PR sesuatu laman web.
Jika anda rasa anda cukup bijak dan cuba menipu enjin carian dengan mewujudkan 100 backlink daripada 100 laman web dalam satu server hosting; selepas itu kedekut mengeluarkan modal untuk mengagihkan ke server yang lain, maka anda akan dapati laman web anda amat payah mendapat ranking tinggi dan PR pun lembap nak naik.
Ini kerana enjin carian menganggap setiap backlink tersebut mempunyai bias atau bahasa layman, kroni. Jadi nilai undi untuk setiap backlink daripada laman web yang mempunyai alamat IP yang sama adalah tidak neutral.
Ingat, kebanyakan staff dan penyelidik di belakang enjin carian seperti Google adalah para doktor IT, hackers dan ada juga saintis roket. Kerja mereka memang mengkaji perkara sebegini.
Jadi, kita bersambung esok dengan tips memilih hosting terbaik untuk laman web kesayangan anda.
Technorati Tags: perniagaan internet, laman web, buat duit, SEO, web perniagaan, nama domain, buat untung
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










June 26th, 2007 at 4:11 pm
Betul tu..
saya pun pernah menggunakan hosting percuma semasa memula nak kenal buat website sendiri.
memang sakit kepala.almaklukm lah barang percuma jadi tak buleh nak komplen banyak.
kemudian mula cari hosting berbayar…memula tu pakai yang murah la..pun ade juga karenah yang kadang-kand membuat jiwa kacau..
sekarang ni dah ada hosting yang lebih baik dan stabil..kira puas hati la jugak..
dan beberapa website saya pun guna hosting yang berbeza..takat ni baru guna 3 hosting…so kalau satu buat pe’el ada lagi dua tempat nak lepas perasaan..hehe