Review Terbuka Saya Dengan StomperNET

Baru-baru ini Brandy (nick duo untuk Brad Fallon dan Andy Jenkins) menghantar mesej khas mengenai promosi terbaru StomperNET (SN) dengan hanya 1 dollar. Menarik?

Namun, saya mempunyai review terbuka mengenai program Search Engine Optimization (SEO) ini. Oh bukan, saya tidak akan buat pre-selling atau cuba makan komisen affiliate. Tetapi saya ingin beri “hints” sedikit mengenai apakah program StomperNET ini dan adakah ianya sesuai untuk anda dari perspektif kita orang Malaysia.

Jika anda belum maklum, saya telah menyertai StomperNET sejak dilancarkan tahun lalu dengan kos yuran sebanyak USD797. Itu bukan yuran sekali, tetapi anda perlu bayar setiap bulan selama setahun. Apa berlaku selepas setahun? Brandy bercadang untuk sambung caj kurang daripada jumlah tersebut selagi anda ingin menyertai SN.

Sebagai ahli SN saya tidak dibenarkan mendedahkan rahsia program tersebut. Namun, saya hanya maklumkan kepada anda dalam bentuk hints agar anda dapat menilai sendiri SN sebelum menyertainya.

Secara amnya, SN sebenarnya memfokuskan kepada perniagaan internet dan Search Engine Ranking Position (SERP). Maksudnya, SN mengkehendaki anda mempunyai perniagaan internet, web niaga dan melalui sistem automasi mereka, secara kumulatif bersama ahli SN yang lain membantu sesama ahli menaikkan ranking web niaga anda di enjin carian.

Secara jujurnya, saya respek mereka sebab tahu bagaimana nak trick enjin carian agar web kita dapat SERP yang tinggi. Mereka tahu bagaimana kaedah SEO tersebut boleh nampak “natural” meskipun ianya merupakan sistem automasi. Jadi, jika algoritma carian berubah macam mana sekalipun pun, kaedah SEO daripada SN tetap relevan.

Maklumlah, ramai guru-guru SEO di SN malahan informer daripada beberapa pakar SEO bebas dan mereka yang bekerja daripada enjin carian itu sendiri.

Itu merupakan core program mereka. Namun timbul pula masalah lain. Kebanyakan ahli SN bukanlah orang yang mempunyai literasi ICT yang tinggi. Begitu juga masih ramai yang teraba-raba untuk memilih perniagaan internet masing-masing. Ini masalah majoriti ahli bukan masalah SN. Kesannya, ramai yang tercicir untuk mengejar tugas-tugas selanjutnya yang diberikan.

Brandy mempunyai perniagaan internet mereka sendiri. Mereka mempunyai perniagaan trading menggunakan Yahoo store dan sales mereka bernilai jutaan ringgit. Kebanyakan barang jualan menggunakan wholesaler dan dropshipper. Maksudnya, Brandy menggunakan model perniagaan ini sebagai contoh untuk SN.

Masalah model ini adalah, majoriti ahli SN bukanlah residen US. Yahoo store dan kebanyakan wholesaler dan dropshipper yang “legitimate” dan murah terdapat banyak di US. Kedua-duanya tidak berurusan dengan orang atau syarikat yang bukan residen US. Alternatifnya, anda boleh bangunkan sendiri sistem store anda dan cari sendiri dropshipper yang boleh berurusan dengan US alien seperti kita di Malaysia.

Teknikalnya, memang hebat. Namun, sistem automasi mereka juga mengkehendaki anda sebagai ahli membuat kerja rumah masing-masing. Untuk buat link anda perlu tulis artikel. Kemudian, anda sendiri perlu spin artikel. Jika anda tiada masalah menulis dalam US english dan mempunyai masa untuk menulis dan spin secara teliti maka tugas ini bukan satu masalah. Jika sebaliknya, keluarkan duit poket untuk upah freelancer.

Selain daripada rahsia yang saya dedahkan di atas, sebagai ahli SN; anda juga dapat berinteraksi dengan ramai ahli dan guru-guru IM terbaik di dunia melalui forum. Juga mereka ada berkongsi pelbagai tips terkini mengenai IM semasa. SN juga aktif menganjurkan seminar IM dan SEO. Sebagai ahli SN, anda akan menerima DVD rakaman secara percuma.

Secara keseluruhan SN bukan lagi berkisar mengenai SEO. Semua topik masuk. Setiap topik ada guru masing-masing dan mereka ini merupakan “dekan” untuk setiap bidang yang mereka mahir. Anda boleh pilih mana-mana bidang yang anda minat daripada blog (ada Herman Shu, Dave Taylor), list building (ada Cody Moya), SEO (Brandy, Leslie Rohde etc), ebiz (John Reese, Ed Dale), Affiliate (Frank Kern) dan ramai lagi.

Saranan saya untuk anda?

Jika anda newbie, jangan sertai SN sebab ianya menuntut kos yang amat banyak. Selain yuran SN, anda perlu secara sendiri mengeluarkan kos lain untuk menyokong perniagaan internet mengikut model dan kaedah mereka.

Jika anda sedang sibuk dengan perniagaan internet anda sekarang dan masih berusaha untuk menjayakannya, juga saya tidak sarankan kerana SN menuntut anda meluangkan masa yang amat banyak.

Jadi, siapakah yang sesuai? Jika anda sedang atau telah berjaya, mempunyai modal yang besar dan ingin mengembangkan perniagaan anda ke satu tahap yang lebih besar, maka SN adalah untuk anda. Jika bukan lupakan.

Namun, dengan promosi $1, mungkin anda boleh cuba intai-intai sendiri program SN secara lebih dekat.

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

14 Responses to “Review Terbuka Saya Dengan StomperNET”

  1. shuth Says:

    Wah! Thanks bro tuah.. satu review yang sangat ikhlas..
    Nampaknya, memang terpaksa saya lupakan sahajalah stompernet nie..
    Belum sesuai lagi nampaknya ngan saya..

    Eh? Lama dah bro tak update blog..
    sibuk ngan projek juta2 yer..?
    :D

  2. Tuah Emas Says:

    juta2 rupiah… hahaha

  3. fizi Says:

    Bro.. USD797 setiap bulan ke? mmg dashat bunyinya.. klau saya boleh dpt banyak tu setiap bulan pun mgk dah cukup baik .. ;)

  4. batagolek Says:

    mak aihh, 797 = RM2789.50 pertukaran 3.5

  5. zulkef Says:

    Saya join aritu Stomper yang RM1. Dpt link drp Cody Moya. Dia nak kasi bonus macam2 kalau saya bayar yang USD797 tu. Saya ingat nak jugak tapi mungkin sampai sebulan USD1 cukup lah.

    Sebab mahal sgt la tak larat. Baru ni baru join Simple Money Machines,( di link website) dah USD297. Nasib baik kalau tak regular price USD377/year. Itu sebab i ada dlm mailing list Day Job Killer yang Chris di UK tu. Menarik gak Simple Money Machines tu utk newbie. Tuah Emas boleh tlg review tak?

    Saya ingat nak gasak abis2an dulu Stomper trial tu pastu baru start balik SMM tu.Err Tuah, why don’t u create Stomper Malaysia style? dekan2 utk setiap dept pun ada kan, malaysian punya :) Err atau pun u republish balik in Malay ke DVD2 Stomper tu boleh saya nak beli murah sikit. Amacam? Duit kita kecik la, 797 mungkin berbaloii sgt2 kalau in RM, sebab saya pergi kursus Azizi Ali dah 1K juga. Ini kali 3.5 parahhhh…:)

  6. zulkef Says:

    kenapa komen saya tak masuk? saya komen 2-3 hari lepas.

  7. Tuah Emas Says:

    zulkef, anda nyer komen masuk Akismet Spam… sorry

  8. Tuah Emas Says:

    Berkenaan SMM tu, nampaknya mcm turnkey business. Konsep yg bagus utk newbie, tetapi bukan saya. Jadi, saya tak bole nak review sbb tak join.

    Jika benar kosnya sampai $297 mmg tak berbaloi. Saya nak tanya zulkef apa cara dia buat duit kat dalam tu?

  9. zulkef Says:

    SMM tu, dia ada 5 machine, yang mana kita boleh either guna subdomain drp smmsite atau kita punya domain sendiri. So dia boleh hosting kan utk 5 websites la maximum.

    Tapi dia masukkan autoresponder, split testing, headline generator, ada auto traffic & ad tracking, boleh letak audio, satu dashboard utk semua machines, auto backup etc.

    Actually saya try 2 minggu, rasa syok je, pastu saya pun terbeli..’ter’ tu hehe. Antara lain I tertarik yang wayne tu dia ada mentor iaitu alex mandossian dan sorang lagi. pastu Mike filsaime pun suka sgt benda ni & want to PLR kannya.

    Tapi kita takde ftp access. so cuma boleh buat pre-sales page la, tapi satu pre-sales page boleh la buat review utk 4-5 produk, 5 produk max. So takleh nak buat content site tapi pre-sales je.

    Namun boleh test your conversion, dia automatekan byk benda. :) so utk newbie atau org intermediate pun ok. sbb takyah nak bukak aweber di website lain, nak tgk tracking di website lain etc.

    alamak panjang pulak reply ni Tuah, sori ya. Saya pun tgh belasah dgr StomperNet trial ni hehe. Lepas ni boleh optimize pulak SMM :)

  10. zulkef Says:

    Tuah, Akismet tu apa? Plugin wordpress ke? Mcm mana pulak boleh jadi spam? panjang sgt ke komen sy ni?

    Tuah psl SN ni , yang cd biru, ungu, merah & kuning tu, ada cara tak nak dptkan selain jadi member penuh dan byr sampai USD800?

    U dah ada kan CD2 tu? ianya dvd bergambar ke atau suara shj. Sbb la ni sy tgh menghayati stomping the search engine & nampaknya ianya cuma suara Brandy je, takde gambar pun.

  11. Tuah Emas Says:

    mengenai SMM tu bagi saya kos $297 lebih baik beli domain & hosting sendiri. Beli tracking script sendiri dan sewa autoresponder yg robust mcm aweber & getresponse. Kos sendiri xde la smpi sebanyak tu. Lagipun kita dpt full control.

    Kalau guna pakej SMM tu kita tiada control. Besok kalau dah expired apa akan jadi dgn content kita tu?

    Akismet ni plugin Wordpress dia automatik kuarantin komen yg berbaur spam. Tak tau mcm mana komen anda boleh masuk situ. Maybe dia dah blacklist domain smm tu.

    DVD SN tu adalah rakaman video seminar2 yg mereka buat sepanjang program SN berlangsung (1st pack SN yg lama dulu) dan step-by-step tutorial video.

  12. zulkef Says:

    so mungkin utk newbie kut…sebab SMM dia ada dashboard semua tu tgk drp satu page aje..

    kalu advanced IM mcm u rasa x perlu…:) tapi ada mike filsaime yang suak benda tu so I think ok la..mungkin mike pun nak suruh mailing list dia beli. Tapi mungkin juga mrk sedar betapa byk newbie yang nak cepat tapi rasa susah. Kalau omputih 300 mungkin murah je. Nanti I promote kat Craiglist la atau USFreeads. Nak main Adwords masih takut lagi…hehe.

    actually i baru je buat yg baru…masukkan audio semua…senang je guna SKYPE, free. err cuba la try click, err boleh cakap camtu ke kat komen di blog…sori kalau x boleh ya. hehe.

  13. zulkef Says:

    ASM Tuah,

    StomperNet Trial dah nak abis. I am astounded with the amount inside Full Stomper. For the SIMPLE process, saya tau dalam 60% sebab dah byk juga beli produk Ewen Chia dan others. Agak2 berapa kena utk SIMPLE tu? kalau mahal sgt baik join membership Wealthy Affiliate atau Russell Brunson punya. Takpun bertenang dulu sampai setup properly sampai level B SIMPLE pun dah ok ni..:)

    Dia nak kasi option SIMPLE later. I think mcm nak join yang FULL sebab ada 2 module baru Dominiche & web 2.0, tapi as your review mentioned, it’s too much for a beginner IM. I plan to just get the multi color DVD, and and DVD utk Domoniche & web 2.0 pastu stop la. Apa pandangan u Tuah?

    Tuah, I wonder with my Fellow stomper trial friend how much you are making, and how big is your business because you can afford the $800 monthly membership fees. Since u mentioned, yang u ada pekerja semua u must be running BIG businesses.

    U ni Tuah iskandar yang buat buku motivasi tu ke? atu org lain? drp dulu I wonder? :)

    Takde plan nak buat membership site ke? utk org2 Malaysia? Kalau ada mesti saya nak join.

    Thanks!

  14. Tuah Emas Says:

    zulkef,

    SN is about optimize and the strategy to get top SERP that look natural. Anda bayar high monthly fee tu sebenarnya utk join Article dan Link exchange system SN. Setiap proses tersebut automate. Namun, anda masih kena write dan spin article utk distribute kpd all members. Byk juga kos lain anda kena support selain fee SN.

    Lain2 contents as a bonus.

    I tak nampak terlalu pentingnya system tersebut sebab skrg dah ada byk method SEO lain yg terbukti berkesan juga. Jadi, I tak recommend SN jika anda belum mempunyai fund yg establish. Join pun psl nk networking dan dptkan latest info about this biz.

    Saya bukan Tuah Iskandar (saya pun lupa mengenai beliau masa nak pilih nama pena ni ;), kalau tak pakai je nama Jebat Emas…)

    Actually membership site dah ada kat myusahawan. Skrg tgh upgrade site tu. Lain2 plan akan menyusul lepas plan2 high priority beres.

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.