Trick Master Resell Rights Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Fenomena yang popular dikalangan para e-usahawan dan affiliate adalah menjual semula produk Master Resell Rights (MRR). Terpulang kepada terma penggunaan setiap produk, ada yang boleh digunakan sebagai giveaway atau bonus untuk memancing prospek.

Saya sangat menyukai produk MRR kerana ia dapat menjimatkan banyak masa berbanding jika saya membangunkan produk itu sendiri. Lagipun, kebanyakan produk MRR dibangunkan kerana terdapatnya permintaan dalam pasaran, disamping disertakan dengan laman web yang mengandungi grafik dan sales letter yang tampak profesional, sudah bersedia untuk kita gunakan terus dan menjana pendapatan sampingan.

Tahukah anda, bagaimana saya mendapatkan produk MRR bernilai dengan harga yang teramat murah atau percuma?

Ada 2 cara:

1) Melalui portal lelongan seperti eBay. Ramai e-usahawan yang terdesak kerana gagal menjual semula produk tersebut melelongnya dengan harga yang teramat murah untuk duit segera. Saya suka cari produk terbaru dan keutamaan kepada yang dibundlekan dengan produk MRR yang lain.

2) Melalui bonus dalam produk MRR tersebut. Sebelum menjual, pastikan anda menyemak produk MRR itu agar ia mempunyai fail dan bonus yang dinyatakan. Ada sesetengah bonus, memberi  anda capaian kepada laman “membership” author atau JV partner kepada author secara percuma. Apa lagi, lawati laman tersebut dan ambil semua produk MRR yang diberikan, jika ada.

Sekian dahulu tips minggu ini, kita berjumpa lagi.

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

One Response to “Trick Master Resell Rights Yang Mungkin Anda Tak Tahu”

  1. cikgubiz Says:

    wa bagus tu…. satu peluang yang menarik.

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.